Monday, December 7, 2009

Novel Matahari Cerah Lagi

MATAHARI CERAH LAGI


Sinopsis :-

Suha menempuh kehidupan terpencil berbanding rakan seusia. Dikongkong oleh Saidah yang diamanahkan menjaganya demi melampiaskan tamak haloba ke atas harta pusaka. Kongkongan menjadikan dia dewasa keseorangan, terabai daripada segala-galanya, dinafikan pendidikan malah lebih memilukan dia tidak dapat mengatur masa hadapannya lalu dipaksa menerima kehadiran Yem.

Namun, naluri semula jadi mengatasi kekangan psikologi, tetap mengambil tempatnya tatkala dia bertemu Munir, lelaki separuh abad yang membawa sinar secerah matahari pagi. Tetapi malangnya, Munir dirundung tekanan jiwa yang amat parah. Berdendam dengan anaknya sendiri, Adam yang membesar bersamanya di samping tiga anak yang lain. Akhirnya Munir tekad menyunting Suha dek kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar.

Adakah Suha terus nestapa?

Mengapa Adam menjadi mangsa dendam?
Dan...
Mampukan Yem menggapai cintanya?

Matahari Cerah Lagi membuka tabir, seorang gadis terabai hidupnya namun tetap mendambakan cinta... Suha.

Matahari Cerah Lagi menzahirkan cinta yang tidak sewajarnya wujud... Adam.

Matahari Cerah Lagi mengupas perspektif cinta yang telus... Yem.

Matahari Cerah Lagi menelusuri psikologi seorang yang kehilangan cinta... Munir.

Judul : Matahari Cerah Lagi
Penulis : Fauziah Ashari
Halaman : 587 muka surat
Harga Sem. Msia : RM 21.90
Harga Sbh / Srwk : RM 24.40
ISBN : 978-967-5289-15-6

*Tempah_sekarang
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

5 comments:

  1. dah keluar ke belum ni ?
    sampai ati kak jee tak email katy saya pasal novel
    baru ni...

    ReplyDelete
  2. Salam hormat Ariz Azali,

    Matahari Cerah Lagi masih dalam percetakan. Pencetak mohon maaf kerana kelewatan. Selepas cuti Raya Cina mungkin boleh siap packing dan diedarkan dalam minggu akhir Feb atau minggu pertama Mac ini. Jika hendak melanggan sila sms ke 016 733 1005 (Unit Langganan) atau 016 715 6771 (Amin). Bagi pihak Pn Fauziah, Intens memohon maaf jika ada kekeliruan informasi. Puan memang agak sibuk dan sedang menulis novel terbaru. Terima kasih kerana menyokong Intens dan Puan Fauziah.

    Amin

    ReplyDelete
  3. Selaku penerbit, kami memohon maaf atas sedikit kesilapan teknik pada kulit belakang novel terkini Fauziah Ashari, Matahari Cerah Lagi. Sinopsisnya agak sukar dibaca.

    ReplyDelete
  4. buku ini telah ader di pasaran ataupun belum??

    ReplyDelete
  5. It's an awesome article in support of all the internet viewers; they will obtain advantage from it I am sure.

    Feel free to surf to my website :: click here

    ReplyDelete