Sunday, February 21, 2010

PENTINGNYA PEMBENTANGAN TAJUK/TOPIK DALAM SISTEM PEMBELAJARAN

Salam hormat,

Minda seseorang hanya akan dapat mencerap (mengingati) kurang dari 20 % fakta yang diajukan.  Kadar cerapan naik 30 % jika fakta ditulis.  Untuk mendapat kadar cerapan setinggi 95%, seseorang harus mengulang atau menyampaikan dengan ayat sendiri fakta tersebut.

Saya rasa itulah asas ilmu pengetahuan yang diajar di maktab perguruan.  Para pendidik sedia maklum berkenaan fakta tersebut.  Malah, salah satu kaedah PnP (Pengajaran dan Pembelajaran) adalah pembentangan topikal atau persembahan bab berkumpulan atau yang lebih mesra di telinga 'presentation'. 

Peri pentingnya kebolehan membentang tajuk ini bukan sahaja pada kadar cerapan minda yang bakal diperolehi pelajar, tetapi, lebih besar manfaatnya daripada itu adalah pembentukan pelajar yang mampu berhujah dengan keyakinan dan ketrampilan yang tinggi.

Namun dewasa ini, perkara asas yang mudah ini kurang dan amat jarang dipraktikkan kepada semua pelajar.  Mungkin ada yang melakukannya hanya kepada sekumpulan pelajar sahaja bukan diwajibkan kepada setiap pelajar.  Ini terbukti apabila sebahagian besar pelajar lepasan sekolah kebangsaan tidak petah malah gagal menyampaikan maklumat walaupun bidang yang diutarakan itu lumrah bagi mereka.

Maka kerana itu, Buku sistem Pembelajaran Carta Minda Intens direka bentuk agar kaedah PnP ini dapat dipraktikkan dengan sistematik dan berterusan. 

Kebolehan berhujah amat penting dan perlu diasuh dengan tekun diperingkat menegah rendah (Tingkatan 1,2 dan 3).  Itulah saranan Intens Idea International Sdn Bhd.

No comments:

Post a Comment