1. Kami adalah sebuah syarikat penerbitan dan percetakan bumiputera yang bergiat di Pasir Gudang, Johor. Tumpuan usaha kami merangkumi pelbagai genre seperti novel popular, buku cerita teladan kanak-kanak, autobiografi serta sistem pembelajaran carta minda. Kesemua genre yang berbeza tersebut berpaksikan ilmiah kerana fokus kami adalah terhadap pembinaan minda anak bangsa.
2. Istilah ilmu lestari kami gunakan merujuk kepada ilmu pengetahuan am yang telah sedia wujud selama ini dan diperlukan untuk kehidupan seterusnya. Bahan ilmu lestari amat penting untuk diterbitkan sebanyak mungkin, agar ia tersebar luas kepada rakyat dengan sama rata, bukan yang mampu sahaja memilikinya. Berdasarkan keadaan sekarang, kami melihat buku-buku terbitan terlalu berpaksikan keuntungan tanpa mengambil kira golongan berkeperluan. Kami berharap KPKK mengambil pendekatan yang membolehkan golongan berkeperluan beroleh ilmu lestari dengan harga yang mampu dengan keadaan mereka. ‘Tidak akan wujud kesaksamaan andai ada perbezaan’. Konsep 1Malaysia tidak mungkin akan tercapai dengan kaedah dan sistem dunia penerbitan dan pendidikan sekarang. Intens sebagai salah satu syarikat penerbitan bumiputra yang ‘baharu merangkak’, ingin membawa wawasan kami iaitu MEREALISASI IDEA BANGSA dengan penerbitan buku-buku ilmu lestari bermula dengan siri LESTARI INTENS ini.
3. Di dalam siri LESTARI INTENS ini, kami merancang untuk menerbitkan sekurang-kurangnya lima judul seperti berikut:
- 1. MASA: Merubah Hidup ANDA (pruf)
- 2. PERMAINAN TRADISIONAL: Pelopor Konsep 1MALAYSIA (penyusunan)
- 3. KEAJAIBAN DIRI ANDA (penambahan fakta dan penyusunan motivasi)
- 4. BUMI: Menaungi ANDA (kaji selidik dan perancangan dasar)
- 5. RODA: Pemacu Ketamadunan (kaji selidik dan perancangan dasar)
4. Sedar atau tidak, industri perbukuan di Malaysia lebih bersifat kapitalis. Akibatnya, lebih ramai yang tidak berupaya untuk memiliki buku ilmiah berbanding yang mampu. Keadaan ini menyebabkan sebahagian besar rakyat tersekat daripada memperoleh maklumat dan bahan bacaan ilmiah. Merujuk Indeks Pendapatan Isi Rumah Antara Kaum 2007 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan, lebih 70 peratus bumiputera berpendapatan di bawah RM3000.00 sebulan. Dengan pendapatan sebegitu, kebanyakan ibu bapa daripada golongan ini tidak mampu membelikan buku seumpama ensiklopedia sebagai penambah mutu ilmiah di minda anak-anak mereka. Akibatnya, rangsangan dan sokongan ilmiah yang diperlukan oleh pelajar tidak diperolehi dengan kadar yang memadai. Kepincangan ini pula diisi oleh dunia hiburan yang sentiasa memperoleh tajaan luar jangka. Kami yakin, kesan daripada kepincangan ilmiah inilah, gejala sosial yang longgar menjadi budaya ikutan golongan tersebut. Memandangkan imbangan pendapatan amat ketara perbezaannya di antara kaum, adalah wajar pelajar berkeperluan dibantu untuk memperoleh bahan rujukan tambahan.
5. Jika di Amerika Syarikat, pentadbiran Obama menghadapi masalah “these kids syndrome” di dalam sistem pendidikan mereka, di Malaysia sindrom itu lebih parah sebenarnya. Intens melihat semua pelajar itu adalah ‘anak-anak kita’. Mereka semua adalah aset negara yang utama. Mereka juga berhak mendapat maklumat dan bahan bacaan yang sama rata. Pelajar berkeperluan yang tidak dibantu bukanlah ‘anak mereka’ sahaja yang terlibat, kerana semua impaknya, baik atau buruk, pasti akan dihadapi oleh anak kita juga di masa hadapan. Sikap mengklasifikasi pasti membawa padah yang besar ke arah konsep 1MALAYSIA kelak.
6. Salah satu tajuk dalam siri LESTARI INTENS ini adalah PERMAINAN TRADISIONAL: Pelopor Konsep 1MALAYSIA. Ringkasan objektif penerbitan judul berkenaan yang utama ialah keperluan untuk membina satu wadah yang boleh dijadikan medan untuk setiap golongan yang berbeza latarnya berkumpul dan menumpukan kepada satu ‘cita rasa’ yang sama. ‘Cita’ memeta di minda manakala ‘rasa’ menjalar di jiwa. Permaianan tradisional mempengaruhi naluri pemainnya. Salah satu permainan ini boleh dinaiktarafkan menjadi ‘Permainan Kebangsaan’. Usaha penambahan mutu serta pengukuhan nilai kormersial dalam permaianan ini boleh menjadikan ia satu legasi ‘sukan Malaysia untuk dunia’ satu hari nanti. Jika bangsa Jerman dan Jepun boleh berjaya menjadikan sukan rakyat mereka sebagai salah satu sumber pendapatan negara, kenapa tidak Malaysia?
7. Judul lain dalam siri LESTARI INTENS ini lebih merupakan ensiklopedia bermotivasi (mungkin genre yang pertama digunakan di dunia). Konsep motivasi diterapkan di dalam penyampaian fakta dengan menggunakan bahasa mudah. Kepentingan buku-buku ini telah dibuktikan oleh bangsa Eropah di era ‘European Rainassance’ dan bangsa Jepun pada era Kebangkitan Jepun 1900an. Hingga kini bangsa Eropah menjadi pelopor ketamadunan sejagat dan orang Jepun menjadi peneroka raka cipta unggul. Hasil terjemahan dan penyebaran bahan ilmiah secara besar-besaran berjaya merubah pemikiran rakyat. Bangsa Eropah merujuk kepada kitab ilmuan Islam yang dirampas ketika perang salib manakala bangsa Jepun menterjemah apa sahaja bahan ilmiah untuk pemahaman rakyat mereka yang rata-rata hanya memahami bahasa ibundanya sahaja. Sebaliknya di Malaysia, para penerbit terbatas untuk menghasilkan terbitan bahan ilmiah terutama ilmu lestari akibat dorongan sistem kapitalis dan masyarakat yang mengabdikan hiburan.
8. Usaha kami merupakan pemapanan legasi bangsa Malaysia yang dahulu pernah menjadi pusat perdangangan dan peradaban antarabangsa (era Kesultanan Melayu Melaka). Sasaran kami untuk melihat sebuah ketamadunan Malaysia berkembang semula dalam dekad ini. Maka kerana itu usaha untuk menyebarkan buku-buku ilmu lestari ini kepada sekurang-kurangnya satu juta pelajar adalah wajar walaupun agak mahal. Dewasa ini, perhatian pelbagai pihak berkepentingan hanya tertumpu kepada pelajar yang cemerlang akademik hingga menyebabkan IPTA dipenuhi lebih ramai pelajar wanita, (ruj: Menteri Pengajian Tinggi) namun, modal insan pembangun negara bukanlah mereka yang cemerlang sahaja tetapi setiap ‘anak-anak kita’ yang sedang belajar sekarang ini. Pelajar cemerlang memperolehi bahan ilmiah tambahan (contoh: buku ensiklopedia terbitan barat, rancangan televisyen barat dan pelbagai jenis media pembelajaran) ditulis oleh penulis luar. Penulis ini kebanyakkannya menjadi penyampai ideologi yang tidak sesuai dengan latar kemasyarakatan di Malaysia. Idealisme hak asasi manusia yang sempit dan kebebasan tanpa batasan mengundang konflik kesaksamaan Malaysia. Isu yang lebih menyedihkan, kebayakkan buku-buku import ini lebih menjadikan rakyat Malaysia sebagai ‘bangsa pengguna’ daripada ‘nusa pencipta’.
9. Kami mohon sesiapa yang sudi membantu dalam projek ini melalui apa jua sumber sekalipun hubungi pengurus projek:
M Aminjaya Bahrum
016 715 6771
10. Kami mensasarkan untuk mengedarkan buku LESTARI INTENS ini secara percuma kepada lebih satu juta pelajar berkeperluan di Malaysia.
No comments:
Post a Comment