Pada 2007, President Obama membawa perubahan drastik kepada sistem pendidikan Amerika. Salah satu sebab perubahan tersebut berpunca daripada lawatan beliau ke sebuah sekolah. Salah seorang guru dari sekolah tersebut menyatakan bahawa para pendidik sering mengalami 'these kids syndrome'.
'These kids syndrome' merujuk kepada pendidik yang suka me'label' anak didik mereka. Di Malaysia, keadaannya lebih parah. Keadaan 'label melabel' ini bukan sekadar di kalangan pendidik, malah seluruh sistem dilihat menerima pakai kaedah ini. Daripada individu, kelas, hingga sekarang ini sekolah juga dibeza dan dikelasifikasikan. 'TIADA KESAKSAMAAN JIKA WUJUD PERBEZAAN'.
Intens Idea International Sdn Bhd yang ditubuhkan pada tahun 2006, telah melihat kepincangan ini sebelum Barack Obama menjadi calon President Amerika lagi. Fokus terhadap ilmu dan pengisian minda serta jiwa pembaca adalah wawasan kami. MEREALISASI IDEA BANGSA menjadi pemangkin usaha kami.
Sejak ditubuhkan, kami di Intens sentiasa memerhatikan keperluan 'anak-anak kita', pelajar secara umumnya dan pelajar daripada golongan berpendapatan sederhana dan rendah khususnya. Pelajar yang sentiasa dipanggil sebagai 'anak-anak mereka' oleh sistem pendidikan. Keadaan yang sama dengan 'these kids syndrome' di Amerika. Tetapi di Malaysia ruang tunjuknya lebih luas agar kepincangan itu dapat ditutupi dengan kejayaan segelintir pelajar.
Ilmu Lestari menjadi fokus Intens. Ilmu lestari adalah ilmu yang sedia ada dan perlu diketahui untuk selama-lamanya. Ilmu yang selalu dimuatkan di dalam ensiklopedia dan almanak. Buku-buku yang sering dilepas pandang oleh ibu bapa kerana harganya yang mahal. Buku-buku yang menyimpan khazanah ketamadunan manusia dahulu untuk diperbaiki oleh kita sekarang dan membangunkan teknologi di masa hadapan.
No comments:
Post a Comment