Pada 19.03.2010 wakil Intens dan penulis Puan Fauziah Ashari telah berkunjung di PBAKL. Kemeriahan yang teramat. Tarikan pengunjung amat memberangsangkan dan jangkaan penganjur untuk mencapai lebih 2 juta pelawat mungkin tercapai tahun ini. Tahniah kepada semua pihak yang terlibat kerana penganjuran yang semakin lama semakin hebat.
Lebih menarik buat pertama kalinya PBAKL bakal menerima kunjungan YAB Perdana Menteri pada 28.03.2010, InsyaAllah.
Sebagai penerbit, Intens berharap fenomena ini berterusan dan melimpah juga ke seluruh kedai buku. Sememangnya, fokus dan keutamaan agar meningkatkan minat membaca di kalangan masyarakat menjadi teladan yang baik untuk diikuti semua pekedai dan pengedar serta semua yang terlibat dalam industri pembukuan Malaysia.
No comments:
Post a Comment