Kita perlu ada sikap untuk 'menandingi yang lebih baik'. Maka sebelum itu kita perlu menilai kadar keupayaan diri untuk menentukan tindakan yang perlu diambil agar dapat menandingi yang terbaik.
Kadar keupayaan perlu dinilai setiap hari! Setiap kali hendak beristirehat, rujuk kembali apakah yang telah dilakukan seharian? Apakah peningkatan yang telah terjadi? Adakah hanya penambahan usia sahaja hari ini? Atau, apakah ilmu yang dipelajari sepanjang hari? Dalam bahasa Inggeris 'post-mortem' bermakna bedah siasat. tetapi dalam ertikata menilai diri, post mortem ini perlu dilaksanakan selalu, sekurang-kurangnya 5 kali sehari... bagi orang Islam sewajarnya setelah usai solat wajib.
Pendidik perlu pandai mengasuh pelajar agar mereka boleh menilai diri sejak darjah 3 lagi. Apabila ia dilakukan selama 4 tahun berturut-turut, mereka akan jadi pelajar yang berhemah tinggi serta amat tekun dalam usaha mereka.
Intens berharap, pendidik diperingkat rendah dapat menilai diri mereka kembali. Sebagai tenaga barisan hadapan dan yang paling awal membentuk jiwa pelajar, seharusnya mereka melihat diri mereka sebagai kuasa yang membentuk sahsiah negara!
No comments:
Post a Comment