Judul: CINTA
11 SYART
Penerbit: Intens
Idea International Sdn Bhd
Harga: RM28.00
SM RM31.00 SS
-penulis/pengarang MUNA MAHIRA
-format buku kulit
lembut 11.5 X 18.5 CM
-jumlah muka surat 800
Isbn: 978-967-5289-24-8
SINOPSIS – Cinta 11 Syarat
RASYA – Pelajar
tahun akhir yang bijak. Dia tidak pernah berkasih lagikan bercinta. Itu syarat
ayahnya selagi dirinya bergelar pelajar. Tapi kenapa dirinya yang karam dibadai
cinta pasangan lain? Tidak
semena-mena kesuciannya diragut orang yang cukup dipercayainya. Kelam terus masa
depan dek insiden hitam itu. Bertambah berat beban yang terpaksa dipikul kala
diri dikhabarkan berbadan dua. Mana mahu diletakkan muka kala ceritanya sebagai
perempuan sundal dicanang sekampung? Orang lain yang
kecewa bercinta, dia pula yang terpaksa merana! Hidupnya yang tenang dan indah
selama ini berputar 360 darjah...
HAZIQ aka KOMENG
– Seboleh mungkin dia mengelak daripada perempuan-perempuan bebas di kota
lantaran kerjanya yang sentiasa dihimpit perempuan sebegitu. Dahulunya sentiasa
berbuat dajal namun tiba-tiba dia
melamar Rasya biar nama itu sudah busuk sekampung. Lalu motifnya dipersoalkan. Manakan tidak,
dia satu-satunya orang yang hampir membunuh Rasya. Bukan sekali tetapi dua
kali!
BERSATULAH Rasya
dan Haziq dengan meriah untuk mengelak salah faham orang kampung. Biarpun tidak
dipersetujui oleh umi Haziq, dia tetap meneruskan rancangannya. Rasya pula akur
setelah segala syarat untuk menidakkan lamaran Komeng dengan mudah
dilaksanakan. Bencinya
berkahwin dengan lelaki yang hampir menyebabkan dia mati! Antara takut, sakit
hati dan budi Haziq, membuatkannya berada di persimpangan. Mahu marah
sungguh-sungguh tetapi kata-katanya terikat pula. Namun, mahu melanjutkan satu
semester yang tinggal, dia perlu akur 10 syarat Haziq yang nampak remeh tetapi
menyesak dadanya. Bermulalah hidupnya kucar-kacir kerana syarat-syarat Haziq...
Tetapi, tidak kepadaHaziq kerana syarat-syarat itu menambah ceriakan rumah
tangganya dengan keletah Rasya yang sekejap manja, sekejap keras hati...
“Kalau Sya nak minta kebenaran peluk
abang tiap-tiap malam... abang setuju sangat. Abang lagi suka.” Sengaja dia
menyakat isterinya.
Rasya merengus geram. Lelaki ini memang suka menguji kesabarannya.
“Hesy! Bukan fasal tulah. Tolong sikit. Erm... Sya...”
“Abang perasan yang isteri abang manja sangat semalam,” usik Haziq lagi.
“Abang... boleh tak jangan sebut fasal semalam lagi?”
“Tapi Sya nak cakap fasal semalam jugak,
kan?” duga Haziq bersahaja.
“Ini hal lainlah. Fasal semalam tu...”
“Kenapa?” potong Haziq.
“Errr... semalam tu... jangan fikir sebab semalam kononnya kita dah
okey. Sya tetap tak suka abang,” luah Rasya berani.
“Abang tahu.”
Dia sudah dapat mengagak itu. Dan dia tidak mengharapkan apa-apa.
“But thanks for last night,” ucap Rasya ikhlas sebelum berlari anak masuk ke dalam rumah.
“But thanks for last night,” ucap Rasya ikhlas sebelum berlari anak masuk ke dalam rumah.
PENERIMAAN Rasya terhadap Haziq
aka Komeng menyebabkan Syahrie tidak keruan kerana dia yakin Komeng berniat
jahat. Dia tambah tidak ketahuan rasa apabila naluri kebapaannya menular
laju di ruang hati setelah mengetahui
Rasya hamilkan anaknya atas kesilapan yang tidak disengajakan. Dia tekad mahu
kejar Rasya...
“Patutnya
Rie yang sentuh perut Sya, mak. Kesalahan Rie terlalu besar. Rie takut samseng
tu berpura-pura, mak. Rie takut dia buang anak tu nanti dan dideranya Sya.Rie
nampak tadi mata dia mak. Dia pandang sinis pada Rie. Dia...dia macam sengaja
nak tunjuk dia hebat. Nak bagitahu Rie yang anak tu anak dia. Tu, anak Rie,
mak.” – Syahrie